Penerbitan Remp-It 2

Kesinambungan filem Remp-It telah diumumkan pada 2019. Farid Kamil dan Zul Huzaimy pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini,[1] bagaimanapun Zul Huzaimy mengumumkan di akaun Instagram beliau, telah menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 kerana perbezaan kreatif. Zul mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 selepas Farid dikatakan mahu menerbitkan filem sendiri dan melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.[2]

Zul Huzaimy sebelum ini dilaporkan telah berjumpa dengan Ahmad Idham untuk mengarahkan Remp-It 2.[3]

Penggambaran dijalankan di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor. Antara pelakon yang terlibat ialah Dayana Roza, Cat Farish, Kazar Saisi, Azlan Komeng, Amai Kamarudin, Aiman Tino, Black Hanifah dan ramai lagi.